Baby Shima Perli Pendakwah Tak Tegur Konsert Di Kelantan

Penyanyi Baby Shima sebelum ini pernah mempersoalkan mengapa tiada pendakwah yang bersuara mengenai konsert yang dianjurkan di Ketereh, Kelantan baru-baru ini.

Menerusi InstaStory, penyanyi berkenaan meluahkan rasa tidak puas terhadap segelintir pihak yang dikatakan pilih kasih tidak menegur konsert yang dianjurkan di Negeri Serambi Mekah itu.

Jelas Baby Shima, konsert dirinya pernah beberapa kali ditegur seorang pendakwah namun beberapa konsert artis lain dibiarkan begitu sahaja.



Yang kat kelantan tak nak bersuara ke. Beritahu kat penguasa,PBT, Jabatan Agama Kelantan seperti mana yang awak tulis tentang konsert kita tu. Tak aci (adil) konsert kita je berkali-kali awak menyalak. Konsert kat Kelantan senyap pula sebab kat Kelantan ke semua senyap? Bukan ke awak kata konsert haram. Amboi isu terpilih je ke berani?

Bila Baby Shima laju je terkejar-kejar nak upload sana sini. Bila orang lain senyap pula.

Tidak memilih artis untuk tegur

Tidak mendiamkan diri apabila namanya ‘dipetik’, PU Syed tampil menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa dia memilih artis tertentu dalam memberi teguran.



Ujarnya, mengenai isu konsert yang diadakan di kelantan, dia sudah mengulas perkara terbabit serta meminta penyanyi itu untuk membacanya dengan baik.

Menegur dan membantah disamakan seperti menyalak bagi artis ini. Jika beliau sebut nama saya tak tegur ianya amat silap dan buat pengetahuan beliau, saya ni bukanlah hari-hari nak mencari mana tempat yang akan diadakan konsert kecuali semua itu diberitahu oleh orang lain.

Dalam pada itu, PU Syed turut mengatakan bahawa dakwaan dia mendiamkan diri seperti Baby Shima katakan adalah tidak benar serta menasihatkan supaya penyanyi dangdut itu berubah jika sedar persembahannya melanggar syariat Islam.

Jangan pula kata saya berdiam diri dan memilih-milih artis untuk ditegur. Sebelum saya terlupa, jika dah sedar diri bahawa cara pembawakan kamu dalam persembahan adalah tidak senonoh dan melanggar syariat Islam, maka berubahlah.



pusyed_official

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button