Bomba siap siaga hadapi berlakunya banjir

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada pada tahap kesiapsiagaan yang amat tinggi bagi menghadapi berlakunya bencana banjir.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, bomba telah menstrukturkan penjajaran tugas hampir 30,000 anggotanya selain persediaan aset dan banyak lagi.

“Malahan dari segi penjajaran tugasan penyediaan bekalan makanan untuk mereka ketika bertugas, dan bantuan keluarga (sekiranya ada anggota menjadi mangsa banjir),” katanya ketika sidang media selepas melancarkan Kesiapsiagaan JBPM Menghadapi MTL hari ini.



Beliau menambah, selain itu seramai 4,000 anggota pasukan khas JBPM seperti Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),Pasukan Khas Udara,Pasykan Multi Skill (MUST), Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) akan turut digerakkan kelak.

Menyentuh aspek logistik, Reezal Merican berkata, hampir 2,000 aset kenderaan dan jentera pelbagai fungsi termasuk di darat, air dan udara juga berada dalam keadaan yang baik dan bersedia digerakkan ke lokasi kecemasan dan bencana.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan tiga lokasi ditetapkan oleh JBPM sebagai pangkalan hadapan yang berfungsi sebagai kawasan penempatan awal logistik jabatan bagi menghadapi banjir mengikut zon.



Lokasi berkenaan adalah Balai Bomba dan Penyelamat Perda, Pulau Pinang (Zon Utara); Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Johor (Zon Selatan) dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Terengganu (Zon Timur).

Menurutnya, pihak bomba juga melaksanakan pemantauan berterusan dan persediaan di lokasi-lokasi titik panas.

Titik panas melibatkan tiga kategori risiko iaitu kawasan berisiko banjir (5,496 lokasi), kawasan berisiko kepala air (186 lokasi) dan kawan cerun kritikal (122 lokasi) yang telah dikenal pasti dengan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak menjadi negeri menjadi tumpuan JBPM,” katanya

Terbaharu dilaporkan, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut dijangka bermula November sehingga Mac 2023.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button