Pemandu kereta maut dirempuh lori pasir

KUALA NERANG:bertentangan di Kilometer 29, Jalan Kuala Nerang, Padang Sanai-Sintok, dekat sini, petang tadi.

Mangsa, berusia 34 tahun dan beralamat di Kampung Padang Cenderai, Mukim Padang Terap Kiri, di sini, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala.

Sementara pemandu lori pasir berusia 36 tahun yang beralamat di Kampung Bukit, Mukim Bukit Lada cedera pada badan dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang (HKN).



Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, berkata siasatan awal mendapati ketika nahas jam 4.20 petang, kereta itu dipercayai dari arah Kuala Nerang menuju ke Sintok manakala lori pasir itu dari arah bertentangan.

Beliau berkata, setiba di lokasi kejadian, lori pasir itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kereta sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran dari arah depan.

“Lori pasir dan kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan di laluan sebelah kiri menghala ke Kuala Nerang.

“Ia menyebabkan pemandu kereta tersepit di tempat duduk pemandu manakala lori pasir terbalik dan rosak di bahagian depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Mulkiaman berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang.



Beliau berkata, pemandu lori terbabit kemudian dihantar ke HKN untuk mendapatkan rawatan dengan menggunakan jentera EMRS BBP Kuala Nerang.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button