Zahid belum selamat lagi , keseronokan sementara sahaja.
Oleh Adam Malik
Ahlu UMNO menyambut baik keputusan mahkamah terhadap kemenangan pada kes yang dhadapi oleh Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan tidak bersalah terhadap Zahid Hamidi, maka ia disambut baik oleh semua ahli UMNO yang begitu tertekan dengan kes yang direka oleh kerajaan Tun Mahathir terhadap pemimpin mereka.
Kes yang dilihat penuh kecacatan dimana dari begitu ramai individu mendapat wang sebagai dana politik dari syarikat Ultra Kirana Sendirian Berhad , hanya Datuk Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang dikena kan dakwaan dan diseret ke mahkamah.
Zahid telah di bebaskan pada pertuduhsn kes sistem Visa Luar Negara (VLN) , namun ada beberapa kes lain yang masih perlu dihadapi oleh Presiden UMNO itu.
Pada 24 Januari 2022 lalu Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah telah memerintahkan Zahid membela diri atas semua 47 Pertuduhan Jenayah Rasuah, Pecah Amanah dan kes AMLA.
Perbicaraan pembelaan bagi kes yang masih sedang dijalankan.
Walaupun Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan Zahid dilepaskan , namun ada lagi kes yang perlu Zahid hadapi.
Kes yang dibebaskan oleh Hakim Yazid ini juga ada yang sudah meramalkan nya kerana , jika Zahid didapati bersalah , ia akan mengakibat persoalan menghala kepada mereka2 yang lain yang turut mendapat dana dari UKSB seperti dalam buku lejer syarikat itu.
Antara nama2 yang turut mendapat habuan dari UKSB termasuk lah Tun Mahathir melalui anak buahnya Mohd Rahmat, Hishamuddin Hussein , Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Shafie Apdal.
Maka, boleh lah dianggap kemenangan pada kes ini adalah kemenangan moral juga dan boleh pengaruhi kes Zahid yang selebihnya dimana ada baki 47 kes lagi.
Harus di ingat Najib juga menang beberapa kes termasuk kes rampasan harta namun , akhirnya didapati salah oleh mahkamah pada kes yang penuh kontroversi.
Maka, buat masa ini Zahid boleh menarik nafas lega , tetapi masih belum berada didalam zon selamat kerana ada kes baki kes Akal Budi yang perlu di hadapi nya.