UiTM lebar jaringan komuniti reka bentuk litar bersepadu dan sensor

Timbalan Naib Canselor USM (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Datuk Dr. Abdul Rahman Mohamed (dua dari kiri) dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM, Profesor Madya Dr. Ahmad Rashidy Razali (dua dari kanan) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang memberi fokus kepada aktiviti penyelidikan dan penghasilan bakat mengikut keperluan industri semikonduktor.

 

Oleh Azrin Muhammad



GEORGETOWN – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang mengorak langkah lebih jitu melebarkan jaringan kerjasama dengan Pusat Usahasama Kecemerlangan Reka bentuk Mikroelektronik (CEDEC) bagi meningkatkan aktiviti penyelidikan dan penghasilan bakat mengikut keperluan industri semikonduktor.

Menurut kenyataannya, kerjasama berkenaan dimeterai menerusi upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CEDEC yang berpengkalan di Universiti Sains Malaysia (USM) yang memfokuskan bidang reka bentuk litar bersepadu dan teknologi sensor.

Sejajar dengan pembangunan industri semikonduktor di Malaysia, MoU berkenaan dilihat dapat mewujudkan peluang baharu kepada kedua-dua pihak bagi meningkatkan kepakaran dalam kalangan kakitangan dan juga para pelajar.

Turut hadir menyempurnakan majlis MoU, Timbalan Naib Canselor USM (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Datuk Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan Jaringan Industri Masyarakat dan Alumni, UiTM Pulau Pinang, Profesor Madya Dr. Kay Dora Abd. Ghani dan Pengarah CEDEC USM, Profesor Madya Dr. Asrulnizam Abd Manaf.



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button