Guru besar direman kerana disyaki buat tuntutan palsu

JOHOR BAHRU – Seorang guru besar sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Skudai di sini, direman sehari selepas disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM2,583 Februari lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tiffany Chin Phin Yuan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Terdahulu, suspek yang diwakili Peguam K Bharathi tiba di pekarangan mahkamah berpakaian lokap SPRM berwarna jingga kira-kira jam 9.05 pagi dengan tangan bergari diiringi dua pegawai SPRM.

Difahamkan, suspek wanita berusia 57 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Johor pada jam 2 petang semalam.

Suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan makanan dan minuman serta barangan bagi Program Ceramah Pembangunan Nilai Murni dalam Pendidikan Moral 2022 yang mana bekalan itu tidak dibekalkan dan program itu juga tidak dilaksanakan.

© Harian Metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button