Istana Negara nafi ada kumpulan Ahli Parlimen tarik sokongan kepada PM

KUALA LUMPUR – Istana Negara menafikan dakwaan sekumpulan Ahli Parlimen mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin ketika dihubungi BH malam ini.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai berita palsu dan semua intipati yang disebarkan tidak benar.



“Kalau mahu tarik balik sokongan (terhadap Perdana Menteri) mereka (Ahli Parlimen) perlu hantar kepada Speaker (Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun) dan bukan Istana Negara,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, ada dakwaan sekumpulan Ahli Parlimen mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menarik sokongan terhadap Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, hari ini.

© Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button