10 keluarga di Selama dipindah ke PPS akibat banjir

TAIPING, 18 Mei  — Sebanyak 10 keluarga dari Kampung Tebing Tinggi dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama berikutan banjir kawasan itu awal pagi ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata semua keluarga itu dipindahkan pada 2.28 pagi tadi selepas menerima panggilan mengenai rumah penduduk dinaiki air setinggi 0.5 meter akibat hujan lebat sejak petang semalam.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri ketika dihubungi berkata beberapa kampung seperti Kampung Perlis dan Tebuk Panchor di Bagan Serai turut dinaiki air setinggi 0.5 meter.

Katanya bagaimanapun, tiada PPS dibuka setakat ini dan pihaknya sedang memantau perkembangan banjir di kawasan itu.



— BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading