Selangor lunas dendam

KUALA LUMPUR: Selangor melunaskan dendam ke atas Petaling Jaya (PJ) City apabila melakar kemenangan 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam semalam.

Selangor yang tewas dengan jaringan sama di tangan PJ City pada 21 Ogos lalu tampak bergelut untuk mendapatkan jaringan walaupun lebih menguasai permainan.

Gergasi Merah yang mendapat sentuhan bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe terpaksa menunggu hingga minit ke-81 untuk berada di depan menerusi Danial Asri yang menanduk masuk bola hantaran Mukhairi Ajmal Mahadi, sekali gus menjadi jaringan tunggal perlawanan.



Kemenangan itu adalah yang kedua dicatatkan Cheng Hoe selepas meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Melaka United pada penampilan sulungnya bersama Gergasi Merah, Sabtu lalu.

Tiga mata yang diraih itu juga menyaksikan Selangor mendaki ke tangga ketujuh liga dengan mengumpul 26 mata selepas mengharungi 20 perlawanan.

PJ City pula kekal di kedudukan kesembilan dengan 20 mata dan dengan saingan hanya berbaki dua perlawanan, skuad kendalian P Maniam itu berpotensi menjadi lawan pertama Johor Darul Ta’zim (JDT) di Piala Malaysia nanti.



Ia kerana, berdasarkan undian yang berlangsung semalam, pasukan tangga kesembilan Liga Super akan berdepan Harimau Selatan dalam perlawanan pertama Piala Malaysia musim ini yang menggunakan format kalah mati.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button