Graduan fesyen terkejut, ramai tempah tas tangan batik walau gagal pertandingan
Kalah di mata juri, menang di hati warga TikTok!
Graduan fesyen terkejut, ramai tempah tas tangan batik walau gagal pertandingan
Mana tidaknya, selain cantik dan menarik, penggunaan aksesori yang disertakan bersama membuatkannya kelihatan mewah serta lebih kemas selari dengan perkembangan trend fesyen masa kini.
Namun siapa sangka, beg jenama Cloudberry yang dihasilkan Nur Zulifah Hamzah pernah kena ‘reject‘ ketika dia menyertai pertandingan yang dianjurkan sebuah syarikat pengeluar mesin jahit.
Lebih mengujakan apabila di sebalik kata-kata perangsang yang diterima itu, dia turut menerima tempahan eksklusif.
Bermula dari situ, dia yang mesra disapa Zufa mula mengorak langkah dan mengambil peluang yang ada untuk membina jenama sendiri.
Berkongsi perjalanan karier baharunya kepada mStar, graduan seni reka fesyen dan grafik ini berkata, segalanya bermula ketika dia cuba menyertai pertandingan mereka bentuk barang berasaskan batik.
“Saya mengambil masa satu minggu untuk menghasilkannya dan menghantar penyertaan. Awal tu memang tak ada idea nak hasilkan apa, tapi selepas melihat handbag lama… saya terus padankannya dengan batik dan hasilkan design terkini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi
- Mendakwa pemimpin PH antara kandungan manifesto PRU15 BN?
- RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan
“Tapi malangnya, segala usaha yang ditabur tidak membuahkan hasil. Saya tidak berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.
“Disebabkan tak mahu ia kelihatan sia-sia, saya create akaun TikTok dan muatnaik video proses pembuatan beg tersebut,” ujarnya yang terkejut melihat reaksi positif daripada warganet.
Bukan itu sahaja, pengikut akaun media sosialnya turut bertambah dalam tempoh hanya dua hari selain turut menerima tempahan.
Menurutnya, disebabkan mendapat permintaan yang menggalakkan, dia mula mendapatkan fabrik serta aksesori yang sesuai bagi menghasilkan tas tangan berkenaan.
Meskipun buatan tangan sepenuhnya termasuk jahitan, Zufa yakin bahawa dia mampu menyediakan tempahan seperti yang diminta para pelanggan.
“Saya sediakan enam sample untuk tengok pasaran semasa dan muatnaik video ke media sosial. Tak sangka dapat banyak tontonan walaupun akaun baru sahaja diwujudkan.
“Jadi, saya terus melangkah ke hadapan dan membina laman sesawang untuk pembelian dengan menyertakan koleksi-koleksi beg yang telah dihasilkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Adakan Kerjasama UMNO Dan PAS Sebelum PRU 15
- Beberapa Ahli Parlimen Utus Surat Kepada Agong Menyatakan Menarik Sokongan Dari Ismail Sabri?
- KJ Kecewa Sekiranya Parlimen Di Bubarkan Terlalu Awal
“Dalam tempoh satu minggu tu, saya terima kira-kira 30 tempahan beg tangan batik,” ujarnya gembira.
Baginya, segala yang berlaku itu dianggap sebagai hadiah hari lahir yang paling bermakna.
Tambahan pula, tempahan pertama bagi koleksi Batik Cambridge Crossbody yang diterima adalah pada malam dia meraikan ulang tahun kelahiran pada 30 September lalu.
Sokongan dan cabaran
Tidak dinafikan bahawa setiap produk yang dihasilkan secara handmade pasti mempunyai kekangan tersendiri seperti kuantiti dan masa yang diperuntukkan.
Bagaimanapun, bagi Zufa segalanya dapat dilalui dengan mudah kerana mendapat sokongan padu daripada suami tercinta.
“Saya bersyukur kerana suami memberi sokongan dalam setiap kerja seni yang saya hasilkan. Walaupun dia sibuk dengan pertanian rock melon yang baru diusahakan, namun dia tetap meluangkan masa membantu saya menyiapkan tempahan pelanggan.
“Bermula dengan fabric hunting untuk sample sehinggalah sekarang… kami berdua berusaha bersama-sama untuk meluaskan perniagaan yang diceburi sama ada dalam bidang pertanian mahupun penghasilan beg Cloudberry.
“Ibu, ayah, adik beradik dan kawan-kawan juga memberi dorongan serta kata-kata positif selepas saya menunjukkan produk yang telah dihasilkan,” luahnya gembira.
Tambahnya, antara cabaran yang terpaksa dilalui dalam penghasilan tas tangan itu adalah kesukaran untuk mendapatkan pembekal bagi fabrik dan aksesori.
Lagi pula, katanya, tidak banyak kedai yang menyediakan aksesori yang bersesuaian.
Oleh itu, Zufa menetapkan tempoh 10 hari kepada pelanggannya bagi setiap tempahan yang dibuat.
“Saya nyatakan di dalam website Cloudberry tentang tempoh yang diperlukan… jika berjaya disiapkan lebih cepat, pelanggan akan menerimanya awal,” katanya.
Dalam pada itu, Zufa turut membuka tempahan untuk pelanggan yang ingin mendapatkan tas tangan batik bersifat eksklusif yang mana mereka boleh memberi kain batik pilihan.
Harga yang ditawarkan bermula daripada RM250.
Graduan fesyen terkejut, ramai tempah tas tangan batik walau gagal pertandingan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH 22 bulan.
- Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan
- PRU15 – Rakyat Tak Sabar , Parti Politik tertentu sahaja yang guna nama “rakyat” dan alasan banjir.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :