Kereta terbang berjaya buat penerbangan pertama di Dubai

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu – Sebuah kereta terbang keluaran China berjaya melakukan penerbangan awam pertamanya di Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Khamis.

Kereta terbang itu dibina syarikat kenderaan elektronik Xpeng yang dalam usaha melancarkan kenderaan itu di pasaran antarabangsa.

Kereta terbang yang dikenali sebagai X2 itu mempunyai dua tempat duduk dan diterbangkan menggunakan dua kipas pada setiap sudut.



Penerbangan ujian tanpa pemandu selama 90 saat di Dubai itu disifatkan oleh pengeluarnya sebagai “platform penting untuk generasi kereta terbang akan datang.”

Menurut pengurus besar Xpeng, Aeroht, Minguan Qiu, pihaknya sedang melakukan beberapa langkah untuk ke pasaran antarabangsa.

Jelas beliau, pemilihan Dubai sebagai destinasi penerbangan awam pertama X2 adalah kerana ia bandar paling inovatif di dunia.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button