44 pengunjung terperangkap di Telaga Tujuh

LANGKAWI: Seramai 44 pengunjung air terjun Telaga Tujuh di sini, terperangkap akibat kepala air pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, pengunjung terbabit ke kawasan riadah itu untuk mandi di air terjun, sebelum cuaca hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata pihaknya mendapat maklumat orang awam terperangkap di kawasan terbabit pada jam 10.35 pagi.



“Setakat ini, kita dimaklumkan seramai 44 mangsa terperangkap di kawasan air terjun Telaga Tujuh.

“Bomba dan polis berada di lokasi bagi memberi bantuan. Operasi menyelamatkan semua mangsa masih dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan, pasukan penyelamat berhadapan kesukaran untuk memasuki tempat kejadian kerana kepala air dan limpahan sungai.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading