Haziq dicari untuk berceramah pada PRU15
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Nama ‘Haziq’ tiba-tiba menjadi sebutan ramai menjelang kempen PRU15. Dipercayai individu tersebut dicari ramai untuk berceramah pada Pilihanraya Umum kali ini.
Beliau yang pernah tampil dengan video kontroversi melibatkan perlakuan seks songsang dengan seorang ahli politik terkenal di Malaysia.
Walaupun Haziq tampil membuat pengakuan, pihak berkuasa tidak dapat mengenali ahli politik berkenaan kerana imej agak kabur.
Sempena kempen PRU15, wajar Haziq tampil untuk menjelaskan kepada orang ramai adakah perkara yang beliau dakwa dalam video tersebut benar atau tidak.
Ini dapat membantu pengundi lebih berhati-hati untuk memberi undi kepada seorang ahli politik yang dikaitkan dengan beliau.
Layakkah seorang ahli politik yang bernafsu songsang dijadikan sebagai pemimpin? Sebagai sebuah negara Islam, moral seseorang ahli politik juga penting untuk membentuk negara.
Bagaimana penerimaan pengundi sekiranya Haziq membongkar apa yang berlaku dalam sebuah hotel di Sabah bersama ahli politik tersebut?
Adakah mereka akan menerima hakikat ahli politik tersebut memang mengamalkan kehidupan seks luar tabie? Mahukah pengundi memberi undi kepada seorang ahli politik yang rosak moralnya?
Haziq sebelum ini pernah ditahan bersama seorang wakil parti politik lain oleh pihak berkuasa atas dakwaannya menerusi video namun tiada tindakan lanjut terhadap ahli politik yang dikaitkan.
Ahli politik tersebut mulanya dikatakan akan berpindah kawasan bertanding namun dikatakan mengubah fikiran dan akan kekal di kawasan lama.
Bagaimana reaksi ahli politik itu jika tiba-tiba Haziq muncul di ceramah kempen PRU15 yang diadakan ahli politik berkenaan?