Lewandowski pertahan Trofi Gerd Mueller

PARIS: Robert Lewandowski menerima anugerah penyerang terbaik yang dikenali sebagai Trofi Gerd Mueller, buat tahun kedua berturut-turut di majlis Ballon d’Or di Chatelet Theatre, Paris.

Pemain 34 tahun itu, yang menyertai Barcelona dari Bayern Munich musim ini, meledak 57 gol dalam 56 perlawanan untuk kelab dan negaranya, Poland musim lalu.

Dia adalah penjaring terbanyak Bundesliga dengan 35 gol.



Lewandowski turut memenangi anugerah itu tahun lalu selepas memecahkan rekod jaringan semusim Bundesliga, yang sebelum ini dipegang oleh Mueller, dengan 41 gol.

Bagaimanapun anugerah tertinggi individu, Ballon d’Or masih di luar jangkauan Lewandowski selepas tewas tipis kepada Lionel Messi tahun lalu dan kepada Karim Benzema pada majlis kali ini.

Dia menjadi pilihan utama untuk memenanginya pada tahun 2020, tetapi akibat pandemik COVID-19, majlis anugerah itu terpaksa dibatalkan.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button