Neymar menghadapi perbicaraan atas dakwaan penipuan dan rasuah

BARCELONA: Neymar tiba di Barcelona untuk menghadapi perbicaraan atas dakwaan penipuan dan rasuah.

Firma pelaburan Brazil, DIS menuntut pemain Paris Saint Germain (PSG) itu supaya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun serta denda RM691 juta.

Namun, pendakwa raya Sepanyol dilaporkan mahu pemain itu sekadar dihukum penjara dua tahun dan denda RM45 juta.



Namun, mereka mahukan penjara lima tahun dikenakan kepada bekas presiden Barcelona, Sandro Rosell dan denda RM38 juta kepada Barcelona.

DIS memegang 40 peratus hak ke atas Neymar ketika perpindahan pemain itu dari Santos ke Barcelona pada 2013.

Syarikat itu mendakwa mereka kerugian selepas Neymar dilepaskan pada harga lebih rendah daripada sepatutnya.

Barcelona ketika itu membayar RM265 juta untuk mendapatkan Neymar dari Santos dengan RM186 juta dibayar kepada keluarganya.



DIS melabur RM9 juta bagi mendapatkan sebahagian hak ke atas Neymmar pada usia 17 tahun dan mendapat 40 peratus daripada baki RM79 juta hasil perpindahan itu.

Peguam DIS memaklumkan ‘Hak Neymar tidak dijual pada pembida tertinggi. Ada pasukan yang menawarkan sehingga RM275 juta.

“Undang-undang persaingan terbuka tidak digunakan memandangkan perpindahan dari satu pasukan ke satu pasukan bergantung kepada kerelaan pemain.”

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button