Wanita Britain mati selepas ditembak mati kawan sendiri
Mereka sedang memburu babi hutan di barat laut Perancis.
PERANCIS – Seorang wanita Britain maut selepas ditembak mati oleh rakannya ketika memburu babi hutan di barat laut Perancis.
Wanita berusia 67 tahun itu ditembak di dada semasa memburu di kawasan Goudelin di Brittany pada Ahad lalu, menurut media tempatan.
Menurut kenyataan itu, wanita terbabit dan rakannya sedang menyeberangi ladang jagung sebelum dia ditembak.
Tambah kenyataan itu, seorang lelaki berusia 69 tahun dalam keadaan yang tidak diketahui puncanya telah menghala senapang larasnya ke arah belakang.
Wanita itu meninggal dunia di sebuah hospital di Saint-Brieuc.
Pihak pendakwa raya berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan.
Walaupun keadaan sebenar kejadian masih belum diketahui, pendakwa raya berkata, ujian awal menunjukkan lelaki itu bebas alkohol atau dadah.
Pihak pendakwaan memaklumkan bedah siasat akan dijalankan pada Rabu.