Pique pasti terseksa iklankan Shakira di jersi Barcelona

BARCELONA: Bintang pertahanan Barcelona, Gerard Pique mungkin terseksa nalurinya kerana terpaksa memperagakan nama bekas isterinya di jersi pasukan, semuanya gara-gara Spotify yang menjadi penaja utama kelab itu.

Los Blaugrana memaparkan logo Drake di hadapan jersi mereka ketika pertembungan El Clasico menentang Real Madrid hujung minggu lalu sekali gus menjadi tumpuan seluruh dunia.

Kini Spotify bercadang untuk menyerlahkan artis tertentu dari semasa ke semasa.



Menurut Moises Llorens di ESPN, perjanjian hampir dimeterai yang akan mengesahkan Shakira sebagai salah seorang artis seterusnya yang akan tampil di jersi Barcelona.

Coldplay, kumpulan rock dari Britain, juga disebut-sebut bakal diperagakan logo mereka di jersi kelab ternama itu.

Shakira, pelantun suara dari Colombia akan mengeluarkan lagu baharunya ‘Monotonia’, yang dikatakan satu lagi lagu perpisahan susulan perceraiannya dengan Pique.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai bila atau perlawanan apa yang mana namanya mungkin diiklankan di jersi pasukan bekas pasangannya itu belum diputuskan.



Bukan mudah untuk menutup cerita dan melupakan bekas pasangan anda ketika dia salah seorang bintang pop paling terkenal di dunia.

Pique sudah pun terpaksa menghadam irama lagu Shakira, termasuk lagu hit terbaharunya ‘Te Felicito’, yang difahamkan ramai pendengar sebagai kritikan terhadap pemain bola sepak Catalan itu.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button