Mayat rentung dalam kereta

KLANG: Mayat rentung ditemui dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 5.27 pagi.

Beliau berkata, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Kebakaran membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil yang terbakar keseluruhannya.

“Terdapat mayat tidak dapat dipastikan jantina turut terbakar 100 peratus di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button