Isham Jalil bakal bertanding Parlimen Lembah Pantai?

 

 

Dari beberapa sumber belum rasmi dan laporan yang ‘leakage’ kami diberi maklum bahawa Ahli MKT UMNO saudara Isham Jalil akan diletak bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Ini berdasarkan maklumat dari beberapa pihak yang sampai ke meja kami.



Nama Isham Jalil muncul setelah nama beberapa calon yang pernah dikaitkan dengan kerusi Lembah Pantai ditolak oleh ahli Lembah Pantai.

Sebelum ini nama seperti Razlan Rafii juga disebut2 sebagai calon yang akan diletak kan di situ.

UMNO Lembah Pantai sebelum ini ada menyatakan ketidak puasaan hati kepada calon luar atau calon ‘parachute’ yang akan mewakili Parlimen mereka.

Maka, kami tidak pasti penerimaan kali ini terhadap nama Isham Jalil dan sambutan terhadap nya akan diterima atau tidak.



Namun, jika kepimpinan sudah menentukan , ia harus di hormati.

Kawasan Lembah Pantai ada lah Kawasan ‘urban’dan pengundi nya terdiri dari golongan ‘middle class’dan ‘upper class’ yang agak ramai.

Maka , calon yang sesuai untuk bertanding dikawasan itu mesti lah calon yang agak ‘urbanite’.

Hatta, Isham Jalil dan mungkin Khairy Jamaluddin agak layak dikawasan itu.



Berbalik kepada Isham Jalil, beliau melanjut pelajaran selain di Universiti Bristol beliau juga ambil Law dari Universiti Harvard.

Apa pun sama ada laporan yang kami terima ini sudah sah atau belum tapi yang jelas calon Lembah Pantai dari UMNO harus ada imej bersih dari sebarang skandal dan Isham Jalil memenuhi kriteria ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button