Ahmad Maslan perjelas kenapa UMNO tolak pelawaan berpakat untuk benam Anwar Ibrahim di Tambun

Oleh Adam Malik

Suasana politik semakin panas apabila semua parti2 politik mengatur posisi untuk kemenangan pada PRU15.

Selain Tun Mahathir yang sedang terdesak untuk mencari tempat berpaut menghadapi PRU15 , beberapa parti lain juga sibuk mengatur langkah.



Sehingga saat ini tiada mana mana parti mahu bersama Mahathir kerana sukar untuk mempecayai kejujuran Mahathir.

Namun, dijangkakan pada saat akhir parti Bersatu akan menerima Mahathir kerana sememang nya dari awal Muhyiddin Yassin memang berada dibawah pengaruh Mahathir.

Cuma halangan nya adalah PAS telah pun terikat dengan Bersatu didalam Perikatan Nasional dan Bersatu perlu merujuk dua orang sahaja dalam PAS untuk menentukan nya kerana sistem ‘wala’ akan membuat semua dalam PAS akan setuju sama.

Berbalik kepada tajuk diatas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan dalam satu kenyataan telah memberi penjelasan kenapa UMNO tidak sahut pelawaan parti tertentu untuk bergabung di Parlimen Tambun semata mata untuk tamatkan kejaya politik Anwar Ibrahim selama lama nya.



Saranan dari ahli kerja tertinggi pusat PAS Zuhdi Marzuki membuat cadangan  agar UMNO tidak bertanding di Tambun supaya memberi laluan kepada Ahmad Faisal Azumu dari Bersatu untuk berhadapan secara satu sama satu dengan Anwar Ibrahim tidak disahut oleh UMNO.

Ahmad Maslan menjelaskan UMNO dan BN tiada membuat ‘pact’ dengan mana mana parti dalam bertanding dikerusi itu dan mana mana kerusi pun.



Melalui BN , UMNO tetap ‘go solo’ selain Bersama dengan parti yang sedia ada didalam BN.

Tambah lagi UMNO sudah tahu akan helah dan tindak tanduk PAS dan Bersatu selama ini dan niat politik kedua parti ini.

Ahmad Maslan yakin dengan pendirian yang dibawa oleh UMNO dan BN rakyat akan menerima kerana mahukan kestabilan dan  kemakmuran setelah jemu dengan politiking  yang tiada henti akibat keadaaan kerajaan yang tidak stabil.

 



 

 

 

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button