Saluran YouTube PN hanya ada tujuh pengikut

Saluran Pakatan Nasional (PN) bagi Parlimen Shah Alam hanya berjaya meraih tujuh pengikut selepas dilancarkan sejak hujung bulan lalu.

 

Oleh Azrin Muhammad



SHAH ALAM – Saluran Pakatan Nasional (PN) bagi Parlimen Shah Alam yang dikendalikan pasukan Dr. Afif Bahardin di platform YouTube setakat ini hanya meraih tujuh pengikut sejak dilancarkan hujung bulan lalu.

Tinjauan di platform mendapati saluran berkenaan mengandungi lima buah video berdurasi antara dua hingga 12 minit, masing-masing dimuat naik dalam dua hari berbeza.

Selain gagal mendapat perhatian segelintir pengguna platform yang kini mempunyai 2.29 bilion pengguna di seluruh dunia, jumlah tontonannya juga tidak memberangsangkan.

Setakat hari ini, jumlah tontonan yang berjaya diraih hanya dalam lingkungan 19 hingga 250 tontonan sahaja.



Hal ini menunjukkan pasukan Afif tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk menaikkan popularitinya sebagai salah seorang calon dalam pilihan raya kali ini.

Hanya berbaki kira-kira 10 hari lagi, Afif dilihat agak ketinggalan dalam usaha menggunakan platform YouTube untuk berkempen berbanding pesaingnya yang lain.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading