Ada cahaya di hujung terowong

MANTAN Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin.

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Sebagai orang lama di Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin berpendapat calon Barisan Nasional (BN), Isham Jalil setakat ini menjalankan kempen dengan berhemah dan sangat sistematik.



Ahmad Nawawi yang juga mantan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam berasa yakin pendekatan yang digunakan Isham memudahkan penerimaan pengundi setempat, khususnya melibatkan pengisian menerusi media sosial.

“Mengikut pemerhatian saya, Isham boleh diterima dan mempunyai plus point berbanding calon lain dari segi latar belakang, bahasa, isi media sosial serta bantuan pasukan jentera yang mantap.

“Reach out dan walkabout juga setakat ini berjalan lancar. Ramai penduduk Shah Alam datang menyertai program termasuk bersemuka dengan Isham,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Ahmad Nawawi juga memberitahu, sikap terbuka yang Isham amalkan sedikit sebanyak dapat membuka mata orang ramai bahawa calon BN mudah didekati termasuk penguasaan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris yang mantap.



Tambahnya lagi, mungkin terlalu awal untuk menyasarkan BN memenangi kerusi Parlimen Shah Alam, tetapi calon perlu optimis boleh menguasai Shah Alam memandangkan pilihan raya kali ini bukan perlawanan antara satu lawan satu.

Pecahan undi daripada parti lawan lain akan membantu mencerahkan peluang Isham dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sekali gus berpeluang membela nasib rakyat Shah Alam yang sudah lama terbiar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button