Australia tekad bangkit

Al Wakrah, Qatar: Jurulatih Australia, Graham Arnold berkata dia yakin pasukannya mempunyai kemampuan untuk bangkit selepas tewas mudah 1-4 kepada Perancis, awal pagi tadi.

Socceroos mengejutkan juara dunia itu apabila mendahului perlawanan menerusi Craig Goodwin yang juga jaringan pertama daripada permainan terbuka Australia sejak voli Tim Cahill ketika menentang Belanda lapan tahun lalu.

Namun Australia gagal mengekang asakan Perancis dan kekal tanpa kemenangan di Piala Dunia sejak 2010.



“Kami tetap yakin, fokus dan mengumpul tenaga. Sejak minggu lalu ketika di kem, kami bekerja keras dan meningkatkan keyakinan dan dengan cara kami memulakan permainan, saya fikir mereka mempunyai keyakinan itu,” kata Arnold.

“Namun pengakhirannya, ia adalah kualiti pasukan Perancis. Mereka juara dunia. Pemain saya melakukan apa yang mereka mampu dan itu sahaja yang saya dapat minta daripada mereka.

“Saya rasa kami bermula dengan baik dan dihukum akibat kesilapan. Itu yang berlaku dan sekarang saya tumpu perlawanan Sabtu ini. Kami perlu bersiap untuk itu.”

Australia menduduki tempat terakhir Kumpulan D dan akan berdepan Tunisia yang seri 0-0 dengan Denmark.



Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button