Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?

Azmin Ali akan 'bawa diri'?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?

PRU15 menyaksikan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia – PPBM, Dato Seri Faizal Azumu tumbang di Tambun, Perak.



Beliau tewas di tangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya mendapat undi sebanyak 49,625 manakala Faizal Azumu beroleh undi sebanyak 45,889 undi.

Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?

Dengan jurang majoriti sebanyak 3,736 Anwar Ibrahim mengesahkan kemenangannya tepat jam 12.49 pagi selepas pengiraan 280 saluran undi selesai dikira.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula memenangi kerusi Larut dengan majoriti 11,598 selepas memperolehi sejumlah 28,350 undi.



Kini, semua tertumpu kepada kedudukan Faizal Azumu yang tidak berjaya mempertahankan kerusi Tambun sekaligus menimbulkan persoalan berkaitan kredibiliti beliau sebagai Timbalan Presiden PPBM.

Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?

Dalam pada itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan PRU15 merupakan pentas terakhir beliau dalam politik. Kenyataan tersebut membuka ruang kepada bakal pengganti Presiden PPBM sebelum penggal Parlimen Ke-15 berakhir.

Melihat kepada keputusan PRU15, kedudukan Faizal Azumu kini tidak begitu mencengkam namun beliau masih mempunyai pengaruh kepada generasi baru dalam PPBM.



Berbanding Hamzah yang lebih berusia dan merupakan seorang ahli politik yang melompat dari BN selepas kekalahan BN pada PRU14.

Siapa pilihan penyokong PPBM?

  • Faizal Azumu
  • Hamzah Zainudin
  • Azmin Ali

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading