Cubaan ‘tawan’ UMNO untuk dibawa ke Perikatan Nasional pada pemilihan UMNO akan datang.
Oleh Adam Malik
Setelah tidak berjaya pada cubaan pertama untuk memburuk kan Presiden UMNO pada PRU15 , maka pihak bermusuhan dengan Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi , maka musuh2 Presiden yang dikenal pasti sebagai “Kluster Broker” akan cuba merampas kuasa daripada Presiden pada pemilihan UMNO yang dijangka akan dilaksanakan beberapa bulan lagi (2023).
Pada rancangan awal , pihak2 ini cuba memberi tekanan kepada Presiden sebaik sahaja prestasi buruk Barisan Nasional pada keputusan PRU15.
Namun , ia dapat di patahkan kerana penghujahan dari pihak proPresiden sangat bernas dan begitu meyakinkan.
Antaranya, bagaimana pula Presiden yang dipersalahkan jika “poster boy” Barisan Nasional ada lah Perdana Menteri?
Wajah “poster boy” yang diumpan kepada rakyat ada lah Datuk Seri Ismail Sabri dan bukan wajah Presiden UMNO.
Ismail Sabri memikul beban keburukan pemerintahan Muhyiddin Yassin laku terkait UMNO.
Selain itu, ada kalangan calon UMNO pro Parti Bunga sendiri berkempen dengan memburuk buruk kan Parti dan Presiden sendiri.
Alasan terbesar dan menjadi faktor , secara lazim , UMNO di pimpin oleh Presiden yang berjawatan Perdana Menteri dan perguna pengaruh Perdana Menteri , Presiden akan membawa dana untuk parti.
Tetapi , sebalik nya pula yang terjadi, orang yang menjadi Perdana Menteri tidak memberi dana kepada parti malah memberi kepada pihak parti lawan seperti yang didedahkan oleh Mukhriz Mahathir dalam video nya.
Mukhriz memberitahu bahawa Muhyiddn Yassin setelah melantik Ismail Sabri telah memaksa Ismail memberi separuh peruntukan PMO kepada nya dan peruntukan Timbalan Perdana Menteri sepenuh nya.
Pendedahan Mukhriz tidak dijawap oleh Ismail Sabri atau pembela2 nya.
Maka, Seterus nya cubaan dan rancangan merampas UMNO untuk diseret kepada Parti Bunga akan diteruskan pada pemilihan parti UMNO pada sekitar bulan Jun.
Pihak2 yang bertuankan “Muhyiddin Yassin” dan berhutang budi kepada pihak Bunga akan berusaha menukar pendirian UMNO dan Barisan Nasional dari bersekutu bersama PH bertukar kepada PN.
Ini bertujuan menyelamatkaan diri mereka sendiri dan juga menyelamatkan Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir dari disiasat atau didakwa.
Dalam ertikata lain untuk kepentingan mereka sahaja dan bukan kepentingan parti UMNO.
Dengan peruntukan yang banyak terhasil dari pendaptan Ketika berada didalam kerajaan RM600 bilion , maka mereka akan pergunakan dana itu untuk membeli jiwa2 perwakilan UMNO.
Hanya dengan merampas jawatan top 5 sahaja mereka boleh mempengaruhi ahli UMNO supaya bertukar Haluan dari bersama PH kepada PN dan menaikan semula Muhyiddin Yaasin sebagai Perdana Menteri dan menjadi kerajaan.
Sama ada ahli dan perwakilan UMNO akan terpengaruh dengan mereka bergantung kepada kekuatan dua tunggak penghalang , ia itu Zahid Hamidi dan mereka yang menyokong nya.