Korea Selatan ‘ajar’ Portugal, mara ke pusingan 16 terbaik

AL RAYYAN: Korea Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Portugal 2-1 sebentar tadi, sekali gus mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia sebagai naib juara Kumpulan H.

Portugal, yang sudah mengesahkan tempat di pusingan 16 terakhir, hanya memerlukan keputusan seri untuk bergelar juara kumpulan.

Ricardo Horta meletakkan Portugal di depan seawal minit kelima selepas mendapat hantara Diogo Dalot.



Korea Selatan yang memerlukan kemenangan besar untuk berpeluang layak ke pusingan kalah mati, menyamakan kedudukan menerusi Kim Young-gwon pada minit ke-27.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat tempoh permainan sebenar dan Korea Selatan yang di ambang penyingkiran, tidak berputus asa untuk mencari kemenangan.

Usaha Korea Selatan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Son Heung-min melakukan gerakan dalam masa kecederaan dan lorongannya disempurnakan Kwang Heechan untuk gol kemenangan.

Bagaimanapun Korea Selatan terpaksa menunggu perlawanan antara Uruguay dan Ghana tamat terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan kedudukan sebagai naib juara kumpulan.



Uruguay menewaskan Ghana 2-0 dan mengumpul empat mata bersama Korea Selatan, namun dibezakan jumlah jaringan.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button