Livakovic bawa Croatia ke suku akhir

AL WAKRAH: Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menyelamatkan sepakan penalti Takumi Minamino, Kaoru Mitoma dan Maya Yoshida sebelum Mario Pasalic menjaringkan gol kemenangan dalam penentuan penalti ke atas Jepun untuk mara ke suku akhir Piala Dunia.

Dengan kedudukan terikat 1-1 selepas 90 minit, Jepun hampir meledak gol kemenangan dalam masa tambahan menerusi Kaoru Mitoma, namun dinafikan Livakovic.

Daichi Kamada menyaksikan percubaannya tersasar beberapa minit sebelum Maeda meletakkan Jepun di depan pada minit ke-43 selepas mendapat hantara Ritsu Doan.



Penyerang Croatia, Ivan Perisic yang dinafikan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda pada awal permainan, menyamakan kedudukan 10 minit selepas rehat dengan menanduk hantaran lintang Dejan Lovren.

Croatia akan berdepan Brazil atau Korea Selatan pada aksi suku akhir.

REUTERS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading