Ronaldo nafi sertai Al Nassr

DOHA, QATAR – DECEMBER 6: Cristiano Ronaldo of Portugal during the World Cup match between Portugal v Switzerland at the Lusail Stadium on December 6, 2022 in Doha Qatar (Photo by Rico Brouwer/Soccrates/Getty Images)

DOHA: Cristiano Ronaldo menafikan laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Penyerang berusia 37 tahun itu meninggalkan Manchester United bulan lalu selepas hubungannya dengan pengurusan kelab semakin retak dan Ronaldo turut mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi ketika temu bual televisyen bersama Piers Morgan.

Sejak meninggalkan Old Trafford, spekulasi mula diperkatakan tentang kelab mana bakal disertai Ronaldo.

Laporan pada Isnin lalu mendakwa, bintang Portugal itu semakin hampir dalam rundingannya dengan Al Nassr yang akan menyaksikan pemenang lima kali Ballon d’Or itu bakal menerima 173 juta pound (RM925 juta) semusim.



Bagaimanapun selepas kemenangan 6-1 Portugal ke atas Switzerland dalam pusingan kalah mati Piala Dunia – di mana Ronaldo bermula di bangku simpanan dan penggantinya, Goncalo Ramos meledak hatrik – bintang veteran itu menafikan spekulasi berkenaan perpindahannya.

“Tidak, ia tidak benar – tidak benar,” kata Ronaldo selepas perlawanan.

Al Nassr antara kelab paling berjaya di Arab Saudi, dinobatkan juara negara itu sebanyak sembilan kali, dengan kejayaan terakhir pada tahun 2019.

Tugasan Ronaldo selepas ini adalah berdepan Maghribi di suku akhir pada Sabtu.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button