Adam Adli masuk Kementerian KBS dengan Langkah kiri.

Mungkin terlalu lama menjadi seorang yang ‘anti-establishment’ tiba2 jadi pula Tmbalan Menteri , maka tabiat lama masih belum dapat ditanggalkan lagi , lalu keluar lah kenyataan yang ‘untimely’.

Memang itu lah asal usul Adam Adli, ia itu sentiasa ada sahaja untuk di’protes’ oleh nya sehingga Kementerian yang dia sepatut jaga dan perbaiki disergah dengan kenyataan ‘random’ nya.

Beberapa hari lalu apabila mula melaporkan diri menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan , Adam Adli telah membuat kenyataan kepada media berkenaan rasuah dalam sukan.



Benar , sesiapa pun tidak menyukai rasuah.

Namun, tidak sepatut Adam Adli menyatakan kemeterian kawalan nya banyak rasuah dan perlu dihapuskan seolah olah beliau sudah ada banyak bukti.

Cara AA membuat kenyataan seolah olah dia melaporkan diri sebagai Pegawai Tinggi SPRM sedang mula kan tugas baru nya di pejabat SPRM.



Kenyataan AA telah mendapat banyak reaksi negatif dari beberapa badan sukan dbawah naungan KBS.

Antara yang tersinggung ada lah Presiden Majlis Olimpik Malaysia TS Norza Zakaria dimana membidas kenyataan yang dibuat tanpa justifikasi.

Kenyataan ini juga seolah olah perbuatan rasuah itu ‘rampant’ dan berleluasa.



Ini satu kenyataan yang negatif diawal kemasukan Timbalan Menteri kepada kementerian nya dan sudah awal lagi mencipta aura tidak baik kepada badan2 naungan kementerian dan juga mencipta pandangan negatif.

Norza turut menyatakan jika ada berlaku rasuah , laporkan sahaja kepada pihak berwajib untuk Tindakan.

“Uncalled statement” ini tentu sekali tidak manfaat kan sesiapa.

Mungkin lebih baik jika AA memberi sepatah dua kata rangsangan dan galakan atau pun Hasrat memajukan sukan negara atau meningkatkan lagi prestasi sukan dan sebagainya.



Apa pun yang pasti , kenyataan yang dibuat oleh AA boleh dikira sebagai bukan sebagai kesalahan tetapi lebih kepada kenyataan tidak cermat , dan kemasukan nya dalam kementerian dibuat dengan Langkah kiri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button