Sinetron Gila Nombor
2. Nuar ada ‘nombor’ dn Atok ada ‘nombor’, dan kali ini nmbor Atok adalah 129. Kelebihan 7 kerusi. Macam 7 petala bumi, 7 petala langit.
3. Namun kali ini, ia bukan ‘petala’, tetapi para waibi yg bakal melakukan ‘loncatan’ dan katanya akan berpihak kpd Atok.
4. Kalau nak di kira ‘kemenangan’ berdasarkan kerusi :
Paksi ph (termasuk bersatu dn pkr fraksi pm 8) -119
Pkr : 50
Dap :42
Bersatu :16
Amanah : 11
Bn :39
Umno: 37
Mic:1
Mca:1
Pas : 18
Gps : 19
Warisan : 9
Bebas :13
Lain-lain :
Star -1
Upko-1
Prs-1
Pbrs -1
Kosong -1
5. Namun ‘nombor’ 119 sebenarnya sudah tidak relevan kerana kini ph hanya ada kerusi
Pkr: 27
Dap : 39
Amanah :10
Bersatu :5
Maka jumlah adalah 81 (jika kira-kira saya silap, mohon betulkan)
6. 129- 81 = 48. Persoalannya, dari mana akan datangnya jumlah 48 ini?
Jika diambil bn (39) + pas (18)+ warisan (9)+ gps (19)+ bebas (13) dn lain-lain (4)= 102
Jika demikian, 48- 102= -54
Maka persoalannya, SIAPA YG MELOMPAT ke paksi Atok untuk menjadikan jumlah 54?
Adakah warisan (9) +bebas (13) + lain-lain (4)+ gps (19)= 39
Dn kemudian daripada 39 ni di tambah daripada paksi ‘pembelot’ daripada team pm 8 seramai 15 orang SAHAJA.
7. BN dan Pas telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyokong kepimpinan PM8, maka kebarangkalian untuk ada yg ‘melompat’ menyelamatkan ‘impian politik’ Atok adalah sangat rendah.
8. sekali lagi di nyatakan walaupun ada diantara individu BN dn pas ‘membelot’ pm8 dan menyokong Atok, Atok masih belum mendapat ‘nombor’ yang cukup, selagi tiada ‘pembelotan’ dari paksi pm 8.
9. Walaupun Di warwarkan juga bhw Atok telah pun berjumpa YDPA, maka untuk MEMBUKTIKAN atok mempunyai nombor adalah WAJAR, Nama-nama yang menjadi sebahagian ‘nombor’ Atok diberitahu kepada umum, dan SETIAP NAMA perlulah mngeluarkan kenyataan menyokong Atok.
10. Kalau boleh ‘live’ dn direkodkan lebih bagus, agar ia menjadi ‘bukti’ sehingga ke generasi akan datang.
11. Rakyat dah muak dengan ‘permainan nombor Atok dn Nuar’, dan tertanya tanya bila ‘kegilaan nombor ini akan berhenti.
Namun, bagi PENYOKONG UMNO BN MUAFAKAT NASIONAL, YANG MAHU DI KETAHUI ADALAH ‘nombor’ umno bn muafakat nasional?
MAKA bertabahlah wahai Rakyat Malaysia, kita bakal ‘dipertontonkan’ olahan kisah sinetron ‘Gila Nombor’ ini pula.