Agong berkenan hadir majlis santapan bersama diaspora Malaysia di Qatar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia di Doha semalam, sempena lawatan khas Seri Paduka ke Qatar.

Istana Negara menerusi catatan di Facebook memaklumkan, keberangkatan Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Arif Temenggung Pahang, Tengku Fahad Mua’adzam Shah.



Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan turut hadir pada majlis berkenaan yang menyaksikan Seri Paduka meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan diaspora Malaysia di negara Teluk terbabit.

Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia itu adalah satu daripada acara dalam rangka lawatan khas Al-Sultan Abdullah ke Doha atas persilaan peribadi Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Yang di-Pertuan Agong dijadual berangkat pulang dan tiba di tanah air esok.

BERNAMA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading