Azalina terbukti jauh lebih baik dari Takiyuddin

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Azalina terbukti jauh lebih baik dari Takiyuddin
Dato’ Sri Azalina Othman Said

Dato Sri Azalina Othman Said, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) terbukti jauh lebih baik dari Takiyuddin Hassan.

Dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini, Azalina menampilkan kecekapan beliau mematahkan hujah serta serangan pembangkang berkaitan isu kerjasama gabungan Kerajaan Perpaduan.



Beliau merujuk kepada hujah Takiyuddin yang mempersoalkan samada perjanjian tersebut sah atau tidak.

Azalina mempertahankan hujah beliau dengan menyatakan perjanjian tersebut antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tanpa penglibatan Perikatan Nasional.

Ahli Parlimen Pengerang tersebut juga menjelaskan kekeliruan yang cuba ditimbulkan Takiyuddin dalam sidang Dewan Rakyat.

“Takkan hal ehwal rumahtangga nak gaduh di tengah jalan, mestilah bergaduh dalam bilik tidur” 



Semakin jelas kredibilti Azalina merupakan aset penting dalam Umno dan beliau diperlukan bagi membawa Umno ke satu taraf yang lebih baik.

Azalina terbukti jauh lebih baik dari Takiyuddin

Untuk memastikan Azalina terus menjadi antara aset terbaik Umno, beliau perlu diangkat menjadi Ketua Wanita Umno pada pemilihan akan datang.

Ini akan menjamin Wanita Umno lebih kuat dan tegas dalam mempertahankan parti kerana kefahaman Azalina dalam Undang-Undang. Ini menjamin Wanita Umno akan lebih dihormati semua peringkat dalam Umno.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button