Jika tidak bertanding, H20 sokong siapa?

Siapa dalam 'papan cai' jika bertanding?

Oleh – Bakhtiar Omar


Jika tidak bertanding, H20 sokong siapa?

Pemilihan Umno yang akan berlangsung tahun hadapan pastinya menarik perhatian banyak pihak. Antara yang mencuri perhatian ialah H20 atau nama sebenar Dato Seri Hishamuddin Hussein.



Kemungkinan untuk beliau bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan agak tinggi, namun sekiranya tidak bertanding, H20 akan sokong siapa?

Sudah pasti semua perkara akan dipertimbangkan perwakilan sebelum mereka membuat keputusan memilih calon untuk jawatan Presiden Umno.

Selepas dilantik sebagai Menteri Luar oleh Muhyiddin Yassin, nama beliau semakin meniti di mulut para Ketua Umno Bahagian seluruh negara.

Namanya semakin mendapat perhatian apabila dilantik sebagai Menteri Pertahanan oleh Ismail Sabri, portfolio yang disandangnya sebelum BN kalah pada PRU14.



Jika tidak bertanding, H20 sokong siapa?

Namun, ramai kalangan ahli Umno agak hairan mengapa H20 tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden selepas kekalahan BN. Semua pihak akur dengan alasan tersendiri yang menyebabkan H20 enggan pertahankan kedudukan beliau dalam parti.

H20 terus mengorak langkah politik dengan mempertahankan kerusi Sembrong pada PRU15 dengan memperolehi sebanyak 22,572 undi.

Bagaimanapun, kontroversi timbul selepas H20 mengeluarkan kenyataan menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan.



Rujukan – SEMBRONG TOLAK KERJASAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN

Presiden PAS pula menambah rencah apabila mendakwa Hishamuddin merupakan individu yang berhubung dengan beliau untuk membawa 10 akuan bersumpah menyokong Perikatan Nasional.

Ini menyebabkan isu ‘Broker’ menjadi perhatian perwakilan apabila ada usaha memberi sokongan kepada Muhyiddin tidak diretui kepimpinan tertinggi Umno dan BN.

Sekali lagi timbul kontroversi yang masih tidak dijawap H20 sehingga hari ini. Walau bagaimanapun kini beliau akur dengan kerjasama BN-PH membentuk Kerajaan Perpaduan.



Bagi pemerhati politik, apa yang berlaku hanya mewujudkan pertentangan dalam yang boleh menghancurkan BN dan Umno. 

Umno pula sudah belajar dari pengalaman sewaktu bersama Muhyiddin ketika Perikatan Nasional memerintah. PN telah mengikat Umno/BN dengan pelbagai syarat yang terkandung dalam satu perjanjian yang didedahkan Raja Petra Kamarudin.

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button