Pengendali makanan, minuman di Selangor wajib pakai pelitup muka mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Januari ini, semua penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajib memakai pelitup muka bagi meningkatkan tahap kebersihan.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam hantaran di Facebook berkata tindakan kompaun akan dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi arahan itu.

“Semua penyedia dan pengendali makanan di Selangor wajib mematuhi arahan tersebut sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan,” katanya.



Awal bulan ini, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata ia akan meningkatkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka wajib itu terhadap peniaga makanan dan minuman berkuatkuasa tahun depan.

Portal kerajaan negeri, Selangorkini, memetik Yang Dipertua MPKj, Najmuddin Jemain sebagai berkata keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor itu dibuat pada 7 September lalu dalam mesyuarat bulanannya.

“Langkah ini adalah untuk memastikan pekerja yang mengendalikan mananan dan minuman mengutamakan kebersihan di premis perniagaan,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading