Semua Orang Nak Putih, Tapi Kulit Sawo Matang Lagi Banyak Keunikan. Ini Kamu Kena Tahu

Semua Orang Nak Putih, Tapi Kulit Sawo Matang Lagi Banyak Keunikan. Ini Kamu Kena Tahu

Semua Orang Nak Putih, Tapi Kulit Sawo Matang Lagi Banyak Keunikan. Ini Kamu Kena Tahu

Sana sini nak putih. Tanyalah mana-mana wanita, kulit yang putih gebu merupakan idaman sangat. Bahkan produk dipasaran juga memfokuskan pada kulit cerah dan putih gebu. Yang kulit gelap sawo matang dianak tiri.

Standard kecantikan orang zaman sekarang, yang putih itulah yang cantik. Aduhai sedih dengan pemikiran sebegitu. Pada Miss Murai tak kisah warna kulit apa sekalipun asalkan bersih berseri bebas cela, itulah yang cantik yang sedap mata memandang.



Dipetik dari Hello Doktor, dalam korteks warna kulit, ia bermaksud individu yang memiliki kulit berwarna coklat di mana ia berada di tengah-tengah tona warna yang cerah dan gelap (brown skin atau mature tan).

Selain faktor genetik, warna kulit ini juga mungkin dipengaruhi oleh aspek tempat tinggal di mana individu itu mendiami sekitar kawasan dekat garisan khatulistiwa dunia.

Semua Orang Nak Putih, Tapi Kulit Sawo Matang Lagi Banyak Keunikan. Ini Kamu Kena Tahu

Ini Miss Murai nak beritahu, yang kulit jenis ini tinggi melanin dalam tubuh badan. Melanin ini akan memberikan kebaikan.

Melawan radikal bebas

Individu dengan warna kulit ini tinggi kemampuan untuk melawan radikal bebas yang akan merosakkan sel kulit dan tubuh badan lantas meningkatkan risiko kanser kulit. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menghalang sinar UV daripada mask ke dalam kulit.



Menolak masalah kulit

Satu lagi warna kulit ini agak jarang mengalami masalah kulit seperti jerawat, cela, parut, selar matahari dan lain-lain. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menjaga kulit daripada anasir buruk termasuk alahan atau jangkitan.

Awet muda

Individu berkulit sawo matang akan tampak lebih galah bagi lelaki dan manis untuk wanita berkat daripada kandungan melanin tinggi. Ia juga mungkin hasil kesan antipenuaan yang dibawa oleh melanin sekaligus buat kamu lebih awet muda.

Tulang yang susah rapuh

Melanin turut membantu kulit serta tubuh badan menyerap vitamin penting seperti vitamin D daripada cahaya matahari yang bagus untuk membentu kalsium. Hasilnya, kalsium yang tinggi dalam tubuh badan mampu membuat tulang lebih kuat. Ia mampu mencegah masalah osteoporosis daripada berlaku untuk jangka masa panjang.

Bersyukur dengan warna kulit apa sekalipun asalkan tidak merubah dan merbahayakan diri.



Selamat beramal!

 

Semua Orang Nak Putih, Tapi Kulit Sawo Matang Lagi Banyak Keunikan. Ini Kamu Kena Tahu

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button