Kapal terkandas di Terusan Suez

Sebuah kapal terkandas di Terusan Suez berhampiran bandar al-Qantara dan pihak berkuasa laluan air itu sedang cuba mengapungkannya, kata sebuah syarikat perkapalan pada Isnin.

“MV GLORY terkandas semasa menyertai konvoi ke Selatan berhampiran Alaqantarah,” lapor Agensi Berita Anadolu memetik tweet Leth Agencies.

“Pihak berkuasa Terusan Suez mengesahkan kapal itu terkandas dan kini cuba mengapungkannya,” menurut syarikat itu.



Laporan itu menyebut Lt. Jen Osama Rabie, ketua Pihak Berkuasa Terusan Suez, memberitahu TV Al-Arabiya bahawa kejadian itu tidak menjejaskan lalu lintas di laluan berkenaan.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading