Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”

Sebalik kontroversi pasca Pilihanraya Umum 15

Oleh – Bakhtiar Omar


Zahid Hamidi buka mulut - "The True Story"

Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi hari ini ‘buka mulut’ dan menjelaskan perkara sebenar pasca Pilihanraya Umum 15 di Dewan Merdeka.



“The True Story” yang dijelaskan Zahid sebenarnya sangat pedih untuk diterima semua pihak, namun demi Umno beliau terpaksa memberitahu perkara sebenar.

Bermula dengan cadangan untuk kekal sebagai pembangkang selepas hanya menang 30 kerusi PRU15, berlaku satu proses yang menyebabkan Umno diperlukan bagi membentuk sebuah Kerajaan di peringkat Persekutuan.

Apabila Pakatan Harapan hanya memperolehi 82 kerusi manakala Perikatan Nasional 73, SPR mengumumkan tiada satu parti pun berjaya melepasi angka 112 sebagai majoriti mudah membentuk kerajaan.

30 orang AHli Parlimen BN telah dipanggil untuk membentuk Jawatankuasa Perundingan pada 21 November 2022, bagi membincangkan rundingan dengan parti lain ekoran parlimen tergantung.



Bagaimanapun hanya 26 sahaja hadir manakala 4 tidak hadir dengan alasan. (Sembrong, Simpang Renggam, Jelebu, Kuala Pilah).

Zahid Hamidi buka mulut - "The True Story"

Reaksi kasar MIC mengejutkan kerana berpendapat itu adalah keputusan Umno dan bukan BN.

Perdana Menteri Caretaker (Ismail Sabri) diminta mengadap YDP Agong bagi memohon lanjutan masa bagi membolehkan rundingan dibuat sebaiknya.



Dewan Tertinggi BN dimaklumkan terdapat 10 Ahli Parlimen BN – Ayer Hitam, Tapah, Pensiangan, Tanjung Piai, Simpang Renggam, Lipis, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin dan Sembrong telah menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Terlalu banyak yang dijelaskan Zahid berkaitan kerjasama dengan Pakatan Harapan dan bagaimana hampir berlaku ‘pengkhianatan’ terhadap Umno dan BN selama ini.

Kronologi ucapan dikemaskini.

  • Dewan Tertinggi BN membuat keputusan semua yang terlibat perlu menarik semula surat sokongan, dengan menandatangani SD membatalkan sokongan mereka kerana tindakan tersebut melanggar perjanjian antara calon dengan parti dan akuan bersumpah menyerahkan mandat kepada Pengerusi Barisan Nasional selaku Ketua Utama Parti untuk merundingi soal pembentukan kerajaan
  • Sehingga tengah malam 21hb November 2022, hanya tiga orang sahaja daripada 10 yang terlibat menandatangani Akuan Bersumpah menarik semula sokongan kepada Muhyiddin.
  • Di sinilah baru teruji soal kesetiakawanan dan kepentingan politik.  Rupa-rupanya pada masa Dewan Tertinggi bersidang telah ada perancangan dibuat untuk menyingkirkan Pengerusi Barisan Nasional dan jika langkah itu berjaya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menanti di St Regis Hotel untuk mendapatkan sokongan.
  • Allah sebaik-baik perancang, Setiausaha Agung BN selepas mesyuarat Dewan Tertinggi menerima panggilan dari Setiausaha Agung PAS yang bertanya kenapa masih tidak sampai lagi. Pesanan telah diberikan kepada Presiden MIC bahawa perjumpaan akan diadakan di St Regis dan Tan Sri Muhyiddin telah pun menanti.
  • Sudah tentu ini mengejutkan kerana siapa yang merancang dan siapa yang mengatur langkah St Regis ini? Inilah antara perkara-perkara yang tidak pernah kita ceritakan di luar. Biar kita berterus terang di sini, agar noktah kepada polemik ini dapat dibuat.
  • Kita juga perlu melakukan muhasabah diri. Saya mengakui tidak terlepas daripada salah dan silap dalam menjalankan amanah kepimpinan. Saya tidak pernah menyatakan saya betul 100 peratus.  Akan tetapi dalam soal mempertahankan maruah dan survival parti saya tidak akan berganjak walau seinci.
  • Setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, pembentukan kabinet adalah berdasarkan ratio jumlah peratusan Ahli Parlimen. Daripada 148 Ahli Parlimen yang membentuk blok Kerajaan Perpaduan, 30 kerusi Parlimen kita adalah bersamaan dengan 20 peratus dan ini dicerminkan dengan enam Menteri daripada 28 jemaah.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button