Dybala bawa Roma ke suku akhir
Roma: Jaringan babak kedua daripada Paulo Dybala memastikan kemenangan 1-0 AS Roma ke atas Genoa dalam aksi 16 terakhir Piala Itali awal pagi tadi sekali gus mencerahkan peluang kelab ibu kota itu untuk menjuarai kejohanan buat kali ke-10.
Penyerang gantian Dybala meletakkan Roma di depan pada minit ke-64 hasil rembatan kencang dari sudut sukar selepas masuk menggantikan pemain tengah Lorenzo Pellegrini di babak pertama.
Pada perlawanan awal, Fiorentina turut mara ke suku akhir hasil kemenangan 1-0 ke atas Sampdoria.
Pendahulu Serie A, Napoli menerima kunjungan kelab bawahan Cremonese, Selasa depan manakala Atalanta, Lazio dan Juventus beraksi saingan 16 terakhir pada 19 Januari.
Reuters