“Kita lemah dan gagal mendekati pengundi muda” – Jazlan
Akur dengan kaedah media baru
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Kelantan, Datuk Hj Jazlan Yaakob mengakui kelemahan Umno dalam mendekati pengundi muda.
Beliau turut mengakui Umno agak ketinggalan dalam menggunakan media baru berbanding lawan pada PRU15.
Beliau berkata demikian bila diminta mengulas ucapan dasar Presiden Umno semalam.
Jazlan juga turut setuju dengan kenyataan Zahid yang menjelaskan hala tuju parti di masa hadapan.