Muhyiddin sudah balik, SPRM sudah boleh siasat

Skandal penyelewengan dana rakyat terbesar negara

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Muhyiddin sudah balik, SPRM sudah boleh siasat
Kembali ke tanahair, SPRM sudah boleh panggi Muhyiddin ke Ibu Pejabat SPRM

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM telah selamat kembali ke tanahair selepas berehat di London dalam tempoh agak lama.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional dikaitkan dengan beberapa isu panas berhubung tangkapan oleh pihak SPRM.



Kini, tiada masalah bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memanggil Muhyiddin untuk siasatan berhubung penyelewengan yang berlaku ketika Perikatan Nasional memerintah.

Malah, semua rakyat ternanti bilakah Muhyiddin akan dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 42 tahun berhubung dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion yang diperuntukkan untuk pakej rangsangan Covid-19 sewaktu pentadbiran terdahulu.



Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta direman lima hari berhubung isu penyelewengan perbelanjaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada 2020 hingga 2022.- Kosmo – 6/1/2023

 



Bekas Perdana Menteri Ke-8 itu dilihat tenang dalam berdepan isu tersebut dan tidak memberi sebarang reaksi malah memaparkan foto pertemuannya bersama Menteri Luar Singapura dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia.

Muhyiddin sudah balik, SPRM sudah boleh siasat

Adalah diharapkan agar pihak SPRM tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan kes yang boleh dianggap sebagai skandal terbesar Malaysia kerana membabitkan sejumlah besar wang rakyat.

Ramai rakyat tidak mahu siasatan terhadap kes ini berlarutan seperti kes Zeti Akhtar Aziz yang masih belum menemui jalan penyelesaian.



Moga pihak SPRM segera bertindak agar tidak dilabelkan bersikap ‘double standard’.

Muhyiddin & Several PN Leaders Will Be In Jail Soon – MACC Has Arrested The CEO Of A Private Company For Misappropriation Of RM 92.5 Billion Stimulus Packages – THE COVERAGE – 6/1/2023

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button