Gempa bumi kuat landa Pakistan
KARACHI: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan ibu negara Pakistan, Islamabad pada petang semalam, menurut Jabatan Meteorologi Pakistan.
Bagaimanapun, tiada korban jiwa atau infrastruktur yang rosak dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Anadolu.
Kejadian berlaku sekitar 12:54 tengah hari (0854GMT) waktu tempatan pada kedalaman 150 kilometer (km), dengan pusat gempa di Tajikistan, menurut jabatan meteorologi.
Negara itu terletak di Plat Tektonik Eurasia, yang terkenal dengan aktiviti seismik yang tinggi.
Pada September 2019, lebih 40 orang terbunuh dan lebih 300 cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan Mirpur di Azad Kashmir.
BERNAMA