Dyche pengurus baru Everton

London: Sean Dyche berazam untuk membentuk semula Everton selepas pasukan bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melantik bekas pengurus Burnley itu bagi menyelamatkan mereka daripada penyingkiran.

Dyche bersetuju dengan kontrak dua tahun setengah dan akan berdepan pendahulu EPL, Arsenal di Goodison Park pada perlawanan pertamanya, Sabtu ini.

Pengendali berusia 51 tahun itu berkata, adalah satu ‘penghormatan’ untuk mengendalikan kelab Merseyside itu yang tidak menang sebarang kejuaraan sejak 1995 dan memecat pengurus, Frank Lampard kurang setahun selepas dilantik.



Dyche tiba di Goodison sambil menyedari moral pemain Everton berada di tahap terendah selepas bergelut dan mungkin bermain di luar kelompok utama buat pertama kali sejak 1954.

“Ada cabaran besar di depan, tetapi saya sudah bersedia dan akan mengambil tanggungjawab itu. Saya tidak sabar memainkan peranan dan memperbetulkannya,” kata Dyche kepada laman sesawang Everton.

“Kami mahu mengubah bentuk kelab ini untuk terus ke depan, membentuknya menjadi cara kami, tapi membentuknya dengan cara kami boleh menang.”



Sambil menjelaskan Everton kurang daya untuk bertarung musim ini, Dyche berkata: “Kami mahu membentuk sebuah pasukan yang boleh melakukannya, boleh bertarung dan bangga memakai lencana kami, melebihi taktikal dan teknikal.

“Saya tidak mempersoalkan mana-mana pengurus yang berada di sini sebelum ini, saya sudah ada bayangan dan cara dan itulah yang saya mahu lakukan.

“Tapi ia akan bermula dengan bentuk yang sukar. Kami perlu pantas melakukannya. Kami mahukan kebenaran dan secara jujur dan mereka pasti akan mendapatnya daripada saya.”

Lampard dipecat minggu lalu selepas kalah sembilan kali dalam 12 aksi EPL dan tewas kepada pasukan yang sedang bergelut, West Ham adalah perlawanan terakhirnya sebagai pengurus.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button