Sekreteriat Kerajaan Perpaduan perkukuh kerjasama
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Sekreteriat Kerajaan Perpaduan bermesyuarat buat pertama kali di Menara Dato’ Onn, WTC Kuala Lumpur malam tadi menyaksikan kehadiran Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim selepas 25 tahun di pecat Umno.
Ketibaan beliau disambut Ketua Sekreteriat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di perkarangan Menara Dato’ Onn.
Pemimpin utama MCA dan MIC turut hadir ke mesyuarat berkenaan.
Turut hadir ialah pemimpin utama parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Mesyuarat semalam memberi fokus terhadap beberapa isu yang melibatkan kepentingan rakyat.
Beberapa perkara penting telah dipersetujui dan tiga Jawantankuasa utama akan meneliti serta melihat beberapa agenda utama seperti Pilihanraya Negeri, penyelarasan pelaksanaan manifesto, isu-isu kos sara hidup dan komunikasi Kerajaan Perpaduan.