Ramalan penyelidik Belanda jadi kenyataan

Amsterdam: Seorang penyelidik Belanda, Frank Hoogerbeets pernah meramalkan gempa bumi lebih besar daripada 7.5 magnitud akan melanda Turkiye.

Ramalannya menjadi kenyataan tiga hari kemudian apabila empat gempa bumi dikesan berlaku di Turkiye dan Syria.

Portal Opoyi melaporkan, Frank Hoogerbeets bekerja untuk Tinjauan Geometri Sistem Suria (SSGEOS) iaitu institut penyelidikan yang memantau geometri jasad angkasa berhubung aktiviti seismik.



Hoogerbeets meramalkan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud akan berlaku di wilayah Selatan-Tengah Turkiye, Jordan, Syria dan Lubnan pada Februari 2023.

Ramalannya menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, beberapa individu di Twitter melabelnya sebagai saintis palsu dan mempersoalkan ramalannya sebelum ini.



Hoogerbeets membuat ciapan semula hantaran dibuat SSGEOS sejurus selepas gempa bumi kuat itu berlaku, di mana ia meramalkan kemungkinan berlaku gegaran besar baharu.

Gempa bumi kedua berukuran 7.6 skala Richter melanda Turkiye kira-kira tiga jam selepas ciapan itu.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, lambat laun ini akan berlaku di rantau ini, sama seperti tahun 115 dan 526.

“Gempa bumi ini sentiasa didahului oleh geometri planet yang kritikal, seperti yang kita alami pada 4 dan 5 Februari,” katanya yang meluahkan rasa kecewa apabila ramalannya menjadi kenyataan.



Dia juga membuat ciapan semula siaran SSGEOS yang meramalkan satu lagi gempa bumi besar hanya beberapa jam sebelum gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda selatan Turki.

Gempa bumi pertama, dengan magnitud 7.8, berlaku semasa orang ramai sedang tidur dan merupakan antara yang paling kuat melanda kawasan itu dalam sekurang-kurangnya satu abad.

Ia dirasai sejauh Kaherah dan Cyprus.

Menurut data awal dari Pusat Seismologi Mediterranean Eropah, gempa bumi kedua, berukuran 7.7 magnitud berlaku di timur laut Kahramanmaraş, Turkiye.



Terdapat lebih 100 gegaran susulan kecil dilaporkan berlaku.

Sementara itu, portal Latestly melaporkan, Hoogerbeets dalam video lain yang dikongsi di Twitter turut meramalkan satu lagi gempa bumi kuat bakal berlaku di India, Pakistan dan Afghanistan.

Menerusi video berkenaan, Hoogerbeets dikatakan membuat penjelasan mengenai aktiviti seismik yang dijangka bermula di Afghanistan dan seterusnya merebak ke India dan Pakistan serta berakhir di Lautan Hindi.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button