PSG lantik syarikat AS kaji bina stadium baharu

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) melantik syarikat Amerika Syarikat (AS) untuk mengkaji kemungkinan membina stadium baharu selepas pihak berkuasa bandar berkenaan dan pemilik Parc des Princes berkata mereka enggan menjualnya, kata sumber AFP hari ini.

PSG sudah bermain di sana selama hampir 50 tahun tetapi Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berkata pada Januari bahawa stadium itu “bukan untuk dijual” dan “tidak akan dijual” kepada kelab yang pemiliknya dari Qatar itu.

PSG sudah memohon untuk membelinya dan membina bangunan moden dan kerja pembangunan bernilai lebih 500 juta euro.



Pada November, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi memberitahu akhbar sukan Sepanyol, Marca bahawa PSG “tidak lagi disambut” dekat Parc des Princes sambil menambah mereka mencari “alternatif lain”.

Mengubahsuai tempat perlumbaan kuda bersebelahannya menjadi satu pilihan.

Legends Hospitality akan membuat kajian bersama syarikat hartanah Kanada, Colliers.



Legends Hospitality menguruskan stadium Los Angeles, Sofi; Stadium AT&T Dallas dan sudah bekerjasama dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham dan Liverpool.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button