Hasmuni, Hairi umum bertanding jawatan Pemuda Umno

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Hasmuni, Hairi umum bertanding jawatan Pemuda Umno

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Dato Hasmuni Hassan dan Exco Kerajaan Negeri Johor, Hairi Mad Shah secara rasmi mengumumkan akan bertanding jawatan Pemuda Umno pada pemilihan kali ini.



Hasmuni akan bertanding Ketua Pemuda Umno, manakala Hairi pula Naib Ketua Pemuda Umno.

Pengumuman tersebut dilakukan di sebuah hotel selepas mencapai persetujuan bersama dalam Pemuda Umno.

Dr Akmal Saleh yang diwar-warkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda pula menyatakan tidak akan bertanding jawatan Pemuda bagi memberi fokus bertanding jawatan Ketua Bahagian Umno Jasin.

Dengan pengumuman tersebut, kini sudah ada 2 nama mengesahkan untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.



Selain Hasmuni, Senator Dato Arman Azha turut menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Hasmuni yang menerima sokongan dari barisan Exco Pemuda 2018 berkata matlamat beliau adalah untuk membantu parti mengembalikan kepercayaan anak muda kepada Umno pada PRU16 kelak.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button