Tips Malam Pertama Elak Malu, Baru Semuanya Lancar
Indahnya sebuah perkahwinan terjalin antara cinta lelaki dan wanita setelah pelbagai cabaran alam percintaan diharungi akhirnya, berjaya mendirikan masjid dengan satu ikatan yang sah.
Berbicara mengenai perkahwinan, sudah tentunya malam pertama menjadi malam paling digeruni buat pasangan suami isteri. Tidak kiralah baik lelaki atau perempuan, sudah pasti tertanya-tanya apakah tips malam pertama perlu diketahui agar semuanya ‘berjalan lancar’ seperti yang diinginkan.
TIPS MALAM PERTAMA UNTUK PENGANTIN BARU, JANGAN MALU-MALU
Berikut adalah beberapa tips malam pertama untuk pengantin baru. Dah halal kan? Kenapa nak malu-malu pula.
1. BERSEMBANG
Tidak dinafikan perasaan malu pasti ada walaupun sudah halal. Untuk mengelakkan rasa malu menyelubungi diri, anda boleh mulakan dengan bersembang bersama pasangan.
Takkan masuk bilik terus tidur, betul tak? Bolehlah tanya dulu kepada pasangan anda apa perkara paling diimpikan dalam hidup sambil berpelukan. Barulah tak awkward dan boleh ke langkah seterusnya.
2. JANGAN GELOJOH, MULAKAN DENGAN FOREPLAY
Sambil berpelukan cerita tentang kisah lama sebelum berkahwin, tak salah sekiranya mahu mencium pasangan kerana akan menaikkan syahwat kedua-duanya. Cuba mulakan ‘langkah malam pertama’ dengan foreplay terlebih dahulu sebelum memasukkan zakar.
Foreplay itu apa? Foreplay adalah aktiviti seksual sebelum melakukan hubungan seks. Semakin ‘hangat’ foreplay anda, semakin tinggi nafsu pasangan pada malam pertama itu. Barulah senang nak lakukan proses sanggama kalau kedua-duanya sudah hanyut.
3. MULAKAN POSISI MUDAH & JANGAN GELOJOH
Mulakan aktiviti ‘bersama’ dengan posisi yang mudah dan tidak gelojoh. Janganlah pula ajak si isteri menggunakan cara yang haram dalam Islam, seperti menggunakan bahagian punggung.
Hayati aktiviti itu dan ambil peluang ini untuk mengenali isteri dan suami masing-masing. Jangan lakukan perkara yang mereka tidak suka.
4. BERITAHU JIKA TAK SELESA
Kedua-dua memainkan peranan penting ketika malam pertama. Jika si isteri tidak selesa dan sakit dengan apa yang dilakukan oleh suami, boleh beritahu untuk mengelakkan kecederaan.
Begitu juga sebaliknya untuk para suami jika ada rasa sakit dan tak selesa, beritahu isteri. Pastikan kedua-duanya selesa supaya dapat bertahan lama dalam melayari bahtera cinta.
5. FASA KLIMAKS JANGAN TERLALU CEPAT
Suami jangan tinggalkan isteri sekiranya sudah klimaks kerana perkara itu membuatkan isteri rasa tak gembira. Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh suami? Suami perlu kaji dan faham fasa klimaks isteri supaya kedua-duanya puas dan gembira dengan malam pertama itu.
6. UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PASANGAN
Tips terakhir ini sering diabaikan oleh pasangan pengantin yang sudah lama berkahwin tetapi untuk anda pengantin baharu, ucapkanlah terima kasih dan peluklah pasangan dengan erat kerana sudi bersama-sama pada malam pertama itu. Jadikanlah ini sebagai tabiat setiap kali selepas bersama pasangan supaya perkahwinan lebih harmoni.
Ingat, perkahwinan bukanlah tentang hubungan seks semata-mata. Banyak perkara perlu dipelajari bersama agar semuanya kekal indah. Jadikan tips malam pertama ini sebagai panduan sahaja untuk anda praktikkan bersama pasangan.
Selamat melayari bahtera perkahwinan!
siraplimau