Diaz bantu Milan atasi Tottenham

MILAN: Brahim Diaz membantu AC Milan menang 1-0 mengatasi Tottenham Hotspur awal pagi tadi yang memberikan kelebihan buat juara Eropah tujuh kali itu dalam pertembungan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Diaz meledak gol tunggal perlawanan pada minit ketujuh di San Siro yang memberikan kelebihan buat Milan sebelum pusingan kedua bulan depan di London.

Jaringan pemain Sepanyol itu adalah yang pertama dan antara sedikit peluang dalam aksi agakmembosankan berbanding apa diharapkan sebelum itu.



“Saya sangat gembira buat pasukan, kerana kami melakukan tugas yang bagus sepanjang minggu ini,” kata Diaz kepada Mediaset.

“Kami melalui antara situasi sangat sukar tetapi kini kami perlu memandang ke depan… kini kami perlu memikirkan mengenai Serie A dan kemudian pertembungan di London.”

Milan hadir ke saingan kalah mati pertama sejak 2014 dengan situasi seimbang selepas keputusan buruk sejak beberapa bulan yang menyaksikan usaha mempertahanan Serie A berdepan ancaman besar.



Namun kelab Itali itu ada peluang besar mara ke suku akhir pertama sejak 2012 selepas berjaya menyekat Spurs sekembalinya Antonio Conte ke Milan.

Conte yang kembali bersama Spurs dua minggu selepas menjalani pembedahan hempedu, memberikan peluang di bahagian tengah kepada pemain remaja, Oliver Skipp dan Pape Matar Sarr selepas kehilangan Rodrigo Bentancur dan Yves Bissouma kerana kecederaan minggu lalu.

Dan pasukannya gagal membantu Harry Kane mencari jaringan dan Milan ada peluang besar pada babak kedua untuk melebarkan agregat tetapi disia-siakan Charles De Ketelaere dan Malick Thiaw.

“Kami boleh menjaringkan dua lagi gol, tetapi perlawanan ini sukar, mereka banyak menyukarkan kami,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli kepada Mediaset.



“Ia hanya psuingan pertama, yang kedua pasti lebih sukar.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button