Athira Yuhada Minta Maaf Kepada Isteri Hafidz Roshdi
“Saya Ingin Menegaskan, Sudah Lama Berakhir,”
Athira Yuhada Minta Maaf Kepada Isteri Hafidz Roshdi
Wanita yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Athira Yuhada memohon maaf kepada isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri dan dua anak mereka, Humairah dan Umar.
Perkara itu dikongsikan Athira menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, awal malam tadi.
“Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar dengan seikhlas hati.
“Apa yang saya lakukan ini mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya sejak sembilan tahun lalu, saya cuba sehabis baik untuk mengelak banyak kali.
“Namun, akhirnya perkara ini berlaku susulan mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa yang dilaluinya.
“Saya akui saya insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi ini,” tulis Athira.
Wanita tersebut bagaimanapun menegaskan hubungannya dengan pelakon tersebut sudah lama berakhir.
“Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia dan tidak akan berlaku lagi. Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” luahnya lagi.
Hantaran serupa turut dikongsikan di Insta Story.
Terdahulu, identiti wanita yang dipercayai ada kaitan dengan situasi rumah tangga Hafidz terbongkar menerusi satu hantaran yang tular di media sosial.
Hantaran tersebut memaparkan tangkap layar finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin itu berbalas mesej dengan wanita menerusi WhatsApp yang turut terpapar sekeping foto wanita.
Athira Yuhada Minta Maaf Kepada Isteri Hafidz Roshdi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.
- Nama dalam senarai Pandora akan disiasat?
- Akibat Takut kena dakwa, Muhyiddin pesan jangan salah guna kuasa kepada Anwar.
- “Saya tiada papan cai” – Arman Azha
- Selagi Zamri Masih Pengarah AMLA, Mampukah SPRM Selesaikan Kes Berprofil Tinggi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :