Buruh maut dilibas rantai besi pencangkuk mesin padi
Buruh maut dilibas rantai besi pencangkuk mesin padi
KANGAR: Seorang buruh maut selepas dilibas rantai besi pencangkuk yang digunakan untuk membawa keluar mesin pemotong padi yang rosak di kawasan sawah di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, di sini, hari ini.
Kejadian berlaku jam 4.33 petang apabila mangsa, Mohamad Sharif Hamdan, 36, dari Kampung Kota Kayang, di sini, sedang membetulkan rantai yang digunakan untuk menarik mesin pemotong padi yang dinaiki rakannya di kawasan bendang itu.
Ketua polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata siasatan awal polis mendapati ketika kejadian mangsa dan rakannya dipercayai sedang membantu sebuah mesin padi milik seorang lagi rakannya yang tersangkut ketika memotong padi di kawasan itu.
“Proses menarik keluar mesin pemotong padi itu dilakukan dengan bantuan sebuah mesin padi yang dinaiki mangsa dan rakannya lain.
“Rantai besi itu melibas bahagian leher sebelah kiri dan pipi mangsa yang berdiri di antara dua mesin padi itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, libasan itu mengakibatkan mangsa parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, di sini, untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Buruh maut dilibas rantai besi pencangkuk mesin padi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?
- Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?
- Dewan Rakyat mahu tahu apa sudah jadi pada kes rasuah Hakim Nazlan lantikan Mahathir.
- Sah Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti